Fuh .. hal kisah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kembali hangat diperkatakan rakyat. Apatah lagi bila BR1M untuk 2017 sudah mula menerjah masuk ke akaun-akaun bank penerima bantuan sejak 22 Februari 2017. Ada yang tersenyum, ada pula yang ternampak wajah penuh keliru. "Eh kenapa BR1M aku tak masuk lagi?".
Ya, ramai penerima BR1M keliru kenapa duitBantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM450 masih tidak dikreditkan ke dalam akaun bank. Disebabkan itu, maka berderetanlah mereka beratur untuk ke kaunter pertanyaan bank, malah ada yang terus ke pejabat LHDN untuk mengetahui kenapa BR1M mereka belum masuk akaun.
Kenapa BR1M 2017 Belum Masuk Akaun Penerima?
Ok. Ada banyak sebab kenapa BR1M 2017 belum masuk akaun penerima. Saya senaraikan antara kemungkinan punca yang menyebabkan duit BR1M tidak masuk akaun atau masih belum masuk akaun. Jika anda seorang pemohon BR1M, sila lihat dahulu sebab-sebab di bawah ini:
- Tidak membuat kemaskini maklumat akaun dalam e-BR1M
- Tidak layak kerana gaji melebihi syarat kelayakan setelah semakan terkini dilakukan
- Mengemukakan maklumat palsu ketika memohon BR1M 2017
- Pemohon merupakan seorang pelajar IPT dan tidak layak untuk menerima BR1M 2017
Ramai Lupa Nak Kemaskini Maklumat BR1M 2017
Dan antara banyak faktor dan sebab yang disenaraikan di atas, saya fikir faktor nombor 1 adalah antara penyebab utama kenapa BR1M masih belum masuk ke akaun bank penerima.Pendaftaran dan rayuan BR1M dilakukan secara online menerusi sistem. Apabila sistem online diguna-pakai, maka perkara yang harus diutamakan adalah untuk sentiasa kemaskini data di dalam sistem. Ramai penerima BR1M sebelum ini tidak sedar akan perkara ini. Al maklumlah, rata-rata yang menerima BR1M adalah daripada golongan yang berpendidikan rendah, yang tiada akses internet dan terdiri dari golongan warga emas. Malah, kebanyakan mereka bukan berpengetahuan tinggi berkaitan IT ni.
[Baca Juga] 3 Status Semakan BR1M Duit Masuk ke Akaun
Usah Risau Andai Anda Sah Layak
Pun begitu, usah risau buat mereka yang disahkan layak untuk menerima BR1M. Menerusi sistem yang ada, in Sha Allah, jika anda layak .. anda akan terima juga duit BR1M ini. Cuma soal jangkamasa atau giliran untuk anda terima.Ibu saya contohnya, untuk BR1M 2016 .. tak dapat nak ke bank untuk ambil duit BR1M, namun duit BR1M tetap dikreditkan ke dalam akaun.
Sekali lagi, usah risau jika anda layak untuk terima BR1M 2017. In Sha Allah, lambat laun duit BR1M anda akan masuk ke akaun... lagipun BR1M 2017 untuk pembayaran awal tahun mulai 22 Februari ini dikatakan dilakukan secara berperingkat dan melibatkan 3 fasa. Jadi, anda perlu bersabar.
Semak Sekali Lagi Status BR1M 2017
Untuk memastikan anda betul-betul layak terima BR1M, sila buat semakan terlebih dahulu di portal e-BR1M di sini - Semak Status Terima BR1M 2017Kemudian, baca post saya mengenai status BR1M di sini - Status Permohonan BR1M Diterima
Oh ya, sukacita nak ingatkan bahawa apa yang saya tulis dan berikan ini adalah bersandarkan kepada pengetahuan dan pengalaman rakan-rakan yang terima BR1M. Untuk memastikan apa yang sebenarnya menyebabkan 'kenapa BR1M belum masuk ke akaun bank' anda, seharusnya anda membuat semakan dengan pihak berkaitan.
Tapi .. dengan syarat, anda dah buat semakan status secara online dan lihat 4 faktor tadi.... kang tak pasal kena 'bambu' dengan pegawai yang bertanggungjawab .. huhu
Credit #www.Hasrulhassan.com

