Khamis, 8 September 2016

Nota UPSR.

Pastikan calon kita tahu:
1.Melukis graf palang
2. Membina jadual
3. Membaca Neraca Tiga Palang ( buku teks th 4)
4. Beza aras menikus air n aras menikus merkuri
5.membaca jam randik
6. Membaca pembaris
7. Kenal peralatan dan radas sains yg asas dan fungsinya
 -silinder penyukat
- kelalang kon
- bikar 250 ml
- bekas bersenggat 250 ml
- neraca mampatan
- neraca tuas
- termometer klinik
- termometer makmal
- neraca tiga palang
8. Menguasai tajuk2 baru dlm KSSR
9. Menguasai Istilah-istilah sains
    Contoh :
     Simbiosis
     Komensalisme
     Mutualisme
     Parasitisme
     Fotosintesis
     Terbiodegradasi
     Tidak Terbiodegradasi
      Sumber boleh dibaharui
      Sumber Tidak boleh di baharui
      Fotosintesis
      Kadar Pernafasan
      Dll
10. Menguasai 3 rumus yg ada dlm sains
     i. Luas = Panjang x lebar
    ii. Isipadu = Panjang x lebar x tinggi
   iii. Kelajuan = Jarak /masa.
11.Melakar dan melukis fenomena
   i. Fasa-fasa bulan
   ii. Gerhana bulan
  iii. Gerhana matahari
  iv. Buruj
12. Unit piawai bagi luas,panjang, isipadu, masa dan laju.
13. Fungsi Kalsium klorida
[20/08 18:22] azilarodzain: Nimonik SAINS
BURUJ
Budak Perempuan Suka Borak
Budak...BidukU46
Perempuan...PariS46
Suka...Skorpio68
Borak....BelantikU122

Tumbuhan
R uang
A ir
C ahaya matahari
U dara
N utrien

Haiwan
M akanan
A ir
U dara
T empat tggal

KEPERLUAN UTK FOTOSINTESIS
CAKK---->OK
C...Cahaya matahari
A...Air
K...Klorofil
K...Karbon dioksida

O...oksigen
K....kanji

GERHANA
mataharI
Huruf besar I (beberapa mInIt/sIngkat)
bulAn
Huruf besar A (beberapa jAm/lAmA)

TIGA KEADAAN JIRIM
Pan Cabut Gigi
Pan...Pepejal
Cabut...Cecair
Gigi...Gas

SUSUNAN PLANET
Ultraman Ziarah Bumi Menentang Makhluk Zuhal Untuk Nora
Ultraman...Utarid
Ziarah...Zuhrah
Bumi...Bumi
Menentang...Marikh
Makhluk...Musytari
Zuhal...Zuhal
Untuk...Uranus
Nora...Neptun
(Kalau confused Zuhrah Zuhal or Marikh Musytari, ingat huruf akhir dlm susunan abjad mana dulu. Cth ZuhraH ZuhaL H dulu L kemudian)

FAKTOR PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA
SUKAN
S...Suhu
U...Udara
K...Keasidan
A...Air
N...Nutrien

FAKTOR PENYEJATAN
Salmah Ligan Ayam
Salmah...Suhu persekitaran
Ligan.......Luas permukaan yg terdedah
Ayam.......Angin

SUMBER TENAGA YG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI
BBB
B...Bahan api fossil (GAP...Gas asli, Arang batu, Petroleum)
B...Bahan Nuklear (Uranium)
B...Bateri

SUMBER TENAGA YG BOLEH DIPERBAHARUI
COBAAM
C...Cahaya matahari
O...Ombak
B...Biojisim
A...Angin
A...Air
M...Makanan

BENTUK TENAGA
Suria Binti Hassan Cuba Nak Elak Kereta Kancil Kecil
Suria...Suria
Binti...Bunyi
Hassan...Haba
Cuba...Cahaya
Nak...Nuklear
Elak...Elektrik
Kereta...Kimia
Kancil...Kinetik
Kecil...Keupayaan

FAKTOR KESTABILAN
KL (Kuala Lumpur)
K...Ketinggian
L...Luas tapak

FAKTOR KEKUATAN
JB (Johor Bahru)
J...Jenis bahan
B...Bentuk Struktur

RANSANGAN GERAKBALAS TUMBUHAN
Aku Cuba Goreng Sayur
Aku...Air
Cuba...Cahaya matahari
Goreng...Graviti
Sayur...Sentuhan

AGEN PENCARAN BIJI BENIH
Aku Akan Hormat Mama
Aku...Angin
Akan...Air
Hormat...Haiwan/manusia
Mama...Mekanisme letupan

🌕🌖🌗🌘🌑🌒🌓🌔🌕 gerhana matahari....

🌑🌒🌓🌔🌕🌖🌗🌘 yg ni fasa2 bln...

🌞 🌍 🌜Ma Bu Lan = gerhana bulan

🌞 🌜🌏 Ma Lan Bu = gerhana matahari

Babagiri babatangnan = bayang2 pagi kiri byg2 petang kanan

MIKROORGANISMA
Ayah  - alga
Bawa - bacteria
Viva - virus
Potong - protozoa
Ferrari - fungi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan